Articles
Articles and Publications
- Medical Journal Publications
NCBI - Brunei Times
Brunei Times 23Jan2007 - Borneo Bulletin
Borneo Bulletin 23Jan2007 - Media Permata
Media Permata 23Jan2007 - Medicastore
Medicastore 24Aug2007 - Singapore Medicine
Singapore Medicine 25Oct2003
Kaedah kedua di ASEAN
By Oleh Sujimawati Mejari
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin – Penghidap sakit jantung negara ini berpeluang menjalani rawatan jantung terkini tanpa memerlukan pembedahan besar apabila Gleneagles JPMC memperkenalkan sedemikian.Dengan pengenalan perkhidmatan canggih itu, Brunei menjadi negara kedua daripada kalangan negara-negara Asia Tenggara yang menyediakan tawaran pemulihan terbaik kepada pesakit tanpa pembedahan jantung terbuka.
Dua orang pesakit pertama yang menggunakan kaedah ini ialah Haji Azahari Ahmad dan Awang Ahmad Haji Pudin, kata Gleneagles JPMC dalam persidangan akhbar hari ini bagi mengumumkan kejayaan itu.
Haji Azahari menjalani pembedahan menggunakan kaedah thoracoscopic micro maze pada pada November 2006 dan hari ini, beliau mendakwa ia mampu beriadah mendaki bukit dan berjalan kaki sejauh 1.5km bersama anaknya.
Gleneagles JPMC (GJPMC) yang sudah terkenal sebagai sebuah pusat rawatan jantung mengumumkan pengenalan dan kejayaan pembedahan bagi merawat pemfibrilan atrium (atrial fibrillation).
Pemfibrilan atrium adalah masalah degupan jantung dan nadi tidak menentu menyebabkan penghidapnya merasa cepat letih dan dalam kes serius boleh membawa kepada masalah strok.
Ketua pasukan perawatan itu di GJPMC, Dr Eugene Sim berkata: “Dengan pengenalan rawatan ini di GJPMC, ia dapat melemahkan impuls elektrik yang menyebabkan degupan jantung yang menentu. Rawatan ini membolehkan degupan jantung normal semula dan simptom yang dialami oleh pesakit akan bertambah baik.”
Sebelum ini, rawatan bagi pesakit ini memerlukan pembedahan terbuka dengan doktor harus membuka tulang dada dan memberhentikan jantung.
Rawatan melalui prosedur terbaru itu, perawatan boleh dilakukan dengan menebuk tiga lubang kecil di dada dan pada lazimnya, pesakit dibenarkan pulang dalam masa satu ke dua hari sahaja, katanya.
“Prosedur itu mengambil masa dua jam dengan menggunakan bahan bius biasa. Kami tidak perlu menggunakan mesin jantung paru-paru iaitu alat yang digunakan bagi menjalankan fungsi jantung dan paru-paru seperti kaedah pembedahan tradisional.
“Risiko menggunakan kaedah ini jauh lebih kecil berbanding pembedahan jantung terbuka.”
Selain Dr Sim sebagai ketua, kumpulan doktor yang menjalankan prosedur rawatan itu terdiri daripada pakar bedah Dr Terence Chin, Dr Haji Isham serta pakar bedah pelawat Dr Mak LaMeir. Pakar bius jantung ialah Dr Dhakshinamoorthi manakala pakar kardiologi yang menguruskan pesakit terdiri daripada Dr Patrick Ang dan Dr T Ganesan.
Pengenalan prosedur rawatan yang terbukti mencapai kejayaan itu adalah hasil usaha sama antara GJPMC dan Kementerian Kesihatan, kata kenyataan.
Pembedahan kardium yang pertama dilaksanakan pada 10 Mei 2003 dan sejak itu, pesakit yang menerima rawatan itu bukan saja dari Brunei, malah dari luar negara juga.
Kebanyakan cara dan prosedur yang dilaksanakan di GJPMC tidak terdapat walaupun di hospital terkemuka di rantau ini termasuk pengimbasan epiaortic ultrasound, intraoperative dan endoscopic vein harvesting.
Gleneagles JPMC Sendirian Berhad adalah syarikat usaha sama antara JPMC Sdn Bhd dan Gleneagles International Pte Ltd dari Singapura.
Yang turut hadir ke persidangan akhbar itu bersama Dr Sim dan kumpulan pakar bedah ialah pengarah urusan, Lee Cheow Seng serta pesakit pertama menerima rawatan teknologi canggih itu, Haji Azahari.